Persembahan Come as You Are yang diarahkan oleh koreografer, Nir de Volff menceritakan bagaimana perang di Syria bermula, kisah ketiga-tiga penari itu melarikan diri ke Eropah dan perjalanan untuk memulakan kembali aktiviti tarian mereka di negara asing.

“Dalam 10 tahun akan datang, kami akan mengadakan bengkel di Syria, bercakap bahasa Jerman dengan fasih dan berjalan seluruh dunia dengan pasport negara ini,” kata salah seorang penari, Medhat Aldaabal. - AP