Portal berita Bangkok Post melaporkan, pembunuhan di luar undang-undang itu berlaku kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan di Tambon Bue Mung semalam.

Ketua Polis Yala, Mejar Jeneral Krisada Kaewchandee berkata, Lukman Mading, 29 meninggal dunia dalam insiden tembak-menembak di sebuah kawasan kebun 20 meter dari rumah satu tingkat di Ban Pru yang didiaminya ketika pasukan tentera dan polis cuba mengepung rumah itu.

Lukman ditahan berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan pada tahun 2013 hingga 2016 berhubung lima kes keselamatan melibatkan tuduhan memiliki senjata api dan bahan letupan terlarang, keganasan, dan percubaan membunuh pegawai negeri.-UTUSAN ONLINE