Jalaluddin Haqqani ketika bercakap kepada pihak media di bandar Islamabad, Pakistan pada 2001. - AFP

Kumpulan Taliban Afghanistan mengumumkan kematian Jalaluddin yang berusia sekitar 80 tahun.

Ahli keluarga Haqqani mengesahkan kematian beliau melalui mesej WhatsApp kepada para wartawan namun tidak dapat dipastikan bila dan di mana beliau meninggal dunia.

Beliau terkenal melalui rangkaian Haqqani yang menggunakan pengebom bunuh diri menyasarkan penduduk awam negara ini, pasukan keselamatan dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Jalaluddin pernah dilantik sebagai Menteri rejim Taliban yang memerintah pada 1996 dan rapat dengan pengasas Taliban, Mullah Omar. - AFP