Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi menyifatkan kejadian itu sebagai kejam kerana mencemar kesucian tempat beribadat ketika jemaah sedang mengerjakan solat Jumaat.

“Lebih menyakitkan apabila melihat penstriman langsung oleh penembak itu yang dikongsi secara meluas dalam sosial,” katanya yang mengesahkan enam warga Indonesia berada tempat kejadian manakala tiga daripada mereka masih belum dikesan lagi.

Lapor Reuters, Presiden Turki Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin yang melihat insiden itu sebagai rasis dan fasis berkata, ianya hanya membangkitkan titik permusuhan dan sifat kebencian terhadap umat Islam.

“Jenayah kebencian yang berlaku terhadap umat Islam ini memberi gambaran yang amat jelas tentang keadaan Islamofobia yang sedang melanda dunia hari ini. Sifat radikalisme dan keganasan ini perlu dihentikan segera,” katanya. -AGENSI