Agensi berita rasmi SANA, memetik sumber kerajaan melaporkan, perjanjian itu akan menyaksikan perpindahan semua anggota pemberontak Jaish al-Islam ke Jarablus dalam tempoh 48 jam.

Menurut sumber, sebagai pertukaran Jaish al-Islam akan membebaskan tebusan yang berada di penjara Douma dengan berpuluh-puluh bas telah memasuki pekan itu untuk memulakan pemindahan.

Perjanjian itu berlaku sehari selepas serangan kimia yang dilaporkan membunuh berpuluh penduduk di Douma.

Kekejaman itu mencetus kemarahan global tetapi kerajaan Syria dan sekutunya Rusia menolak dakwaan tersebut sebagai satu pembohongan.-AFP