Kapal udara Aeros 40D ‘Sky Dragon’ itu dilaporkan telah dibeli pada 2009 dengan nilai AS$10 juta (RM41.87 juta), namun, mengalami pelbagai kerosakan, kebocoran serta kos isian bahan api helium yang tinggi.

Pada 2012, kapal tersebut dikatakan terhempas di sebuah kawasan sawah padi selepas juruterbangnya hilang kawalan ketika terlibat dalam satu misi rondaan.

Sehubungan itu, seorang aktivis, Srisuwan Janya menyerahkan sepucuk surat kepada Pejabat Ketua Audit Negara Thailand (OAG) untuk membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

“Kami mahu OAG melancarkan siasatan terhadap bekas ketua tentera...anggota Kabinet serta beberapa pegawai (tentera) yang masih berkhidmat ketika ini,” katanya. -AFP