Dalam kejadian kira-kirapukul 6 pagi waktu tempatan itu, lelaki berusia 28 tahun yang berhenti di hadapan pejabat Western Union telah meninggalkan dua rakannya dalam bangunan tersebut.

“Apabila mereka keluar, van dan pemandu telah hilang,” kata sumber.

Van yang ditemui tidak lama kemudian di bangunan berhampiran itu dijumpai dalam keadaan pintu terbuka namun pemandu serta wang tunai 1.13 juta euro telah lepas. -AFP