Pemandu berusia 54 tahun itu ditangkap kali kedua dalam tempoh enam tahun melakukan kesalahan yang sama.

Lelaki tersebut diarak di hadapan media-media tempatan, semalam dengan timbunan baju dan seluar dalam yang dicurinya itu ketika membawa penumpang di sekitar ibu negara ini.

Bagaimanapun, menurut pasukan penyiasat, pihaknya sukar mendakwa lelaki itu memandangkan mereka tidak menerima sebarang aduan rasmi mangsa yang terlibat.

“Polis tidak boleh menahan pemandu tersebut kerana kami tidak mempunyai plaintif dan penduduk kampung juga terlalu malu (untuk mengaku mereka menjadi mangsa).

“Jadi, tindakan mengarak di khalayak ramai itu dilihat memberi amaran kepada orang awam supaya tidak melakukan perkara yang sama,” kata anggota polis Samut Prakan, Sarjan Suwat Nisungkat.

Suwat berkata, pemandu teksi itu pada 2010, ditahan selepas didapati memiliki 10,000 pakaian dalam yang dicurinya di ampaian dan dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun atas dakwaan mencuri.

“Selepas dia ditahan, isterinya kemudian meninggalkan lelaki itu dan menjadi seorang rahib kerana terlalu malu dengan perbuatan suaminya,” kata Suwat.– AFP