Menurut pegawai kerajaan tempatan di Utara Perancis, kematian tersebut menjadikan tujuh kematian dalam insiden berkaitan demonstrasi antikerajaan sejak 17 November lalu.

“Kebanyakan kematian melibatkan kemalangan pada sekatan atau halangan dibuat di bulatan dan jalan oleh penunjuk perasaan.

“Pada 1 Disember lalu, seorang wanita berusia 80 tahun mengalami kecederaan parah berikutan gas pemedih mata yang ditembak polis di Marseille,” katanya. - AFP