Bangkok Post melaporkan, dalam operasi melibatkan satu pasukan gabungan daripada beberapa unit Polis Metropolitan Divisyen 4 itu, polis menahan sebanyak 134 orang pelumba dan menyita sebanyak 123 motosikal.

Daripada 134 individu yang ditahan, 77 daripadanya merupakan pelumba dewasa manakala 57 lagi remaja.

Kesemua yang ditahan kemudian dikumpulkan sebelum dibawa ke sebuah lokasi di luar pusat beli-belah Seacon Square di Srinakarin Road.

Komander Polis Divisyen 4, Mejar Jeneral Theerapong Wongratpithak berkata, mereka kemudian diminta menjalani ujian air kencing dan lima daripadanya didapati mengambil dadah.

Theerapong berkata, daripada 123 motosikal yang disita, sebanyak 43 daripadanya me­rupakan motosikal besar yang diubah suai untuk membuat bunyi lebih bising daripada had yang dibenarkan.

“Polis juga memeriksa seba­nyak 33 kedai membaiki motosikal dan merampas 36 sistem ekzos yang tidak mematuhi peraturan dibenar,” katanya.

Dalam satu operasi berasi­ngan, polis turut menahan pencipta sebuah laman Facebook yang mempromosikan lumba haram, Thanapat Nuaywong, 21, di rumahnya di daerah Saphan Sung, Bangkok.