BBC melaporkan, perkara itu disahkan oleh adiknya, Glyn Dillion menerusi laman sosial Twitter dengan menyifatkan abangnya adalah seorang hero, tanpa mendedahkan punca kematian Steve.

Steve merupakan seorang artis prolifik yang memulakan kerjaya profesional pada usia 16 tahun melukis untuk majalah Hulk Marvel UK ketika itu.

Sebelum itu beliau banyak menyumbangkan komik kepada beberapa akhbar tempatan de­ngan penghasilan karakter Abslom Daak dan antologi Warrior sekitar 1982 sebelum namanya mula menjadi popular.

Namanya mula di kemuncak apabila bekerjasama dengan pereka komik Garth Ennis dan bersama-bersama mencipta sejarah kerana berjaya menghasilkan komik yang menjadi popular seluruh dunia.

Komik Preacher turut diilhamkan menjadi sebuah rancangan televisyen bersiri di AS selama beberapa tahun dan ditonton jutaan peminat kartun Marvel.

DC Vertiga Comics menyifatkan pemergian Steve merupakan satu kehilangan besar yang sukar dicari ganti.

“Kami semua akan merinduinya. Dia adalah yang terhebat dalam kalangan pereka dan pelukis kartun dunia,” katanya.