Pelawat dari China mewakili kira-kira satu perempat daripada 35 juta pelancong ke Thailand setiap tahun kerana tertarik dengan lokasi percutian pantai yang murah, masakannya dan kehidupan pada waktu malam di Bangkok.

Tragedi feri karam pada bulan Julai ketika membawa pulang pelancong China ke pulau peranginan Phuket menyebabkan 47 nyawa hilang.

Bulan Ogos menyaksikan berlakunya kejatuhan mendadak dalam bilangan pelancong sebanyak 12 peratus dan September pula sebanyak 15 peratus, tetapi meningkat sedikit berbanding bulan yang sama pada tahun lepas.

Bulan Oktober paling teruk terjejas apabila laporan kementerian pelancongan menunjukkan penurunan sebanyak 20 peratus atau 160,000 orang dari 2017.

Jumlah itu mewakili per­belanjaan pelancong sebanyak $476 juta (sekitar RM1.99 bi­lion) yang hilang dalam tempoh tiga bulan.

Paul Pruangkarn dari Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) berkata, apa yang berlaku merupakan satu peringatan kepada pengendali pelancongan Thailand supaya tidak hanya tertumpu kepada satu-satu negara iaitu China.

Dia, bagaimanapun meramalkan bilangan pelancong akhirnya kembali meningkat.

Sejak tragedi di Phuket itu, kerajaan melancarkan usaha mengembalikan kepercayaan pelancong asing dan menjadikan pelancongan lebih mudah.

Jabatan imigresennya telah mengecualikan pelancong China daripada membayar yuran visa pada waktu ketibaaan $60 (RM251) mulai bulan November hingga pertengahan bulan Ja­nuari.– AFP