Malangnya, tidak ramai yang sedar bahawa pelampung ber­kenaan boleh mengakibatkan kematian sekiranya ia bocor secara tiba-tiba atau ia menyebabkan muka bayi tersembam ke dalam air kerana bentuknya dikatakan tidak stabil.

Seorang pakar pediatrik di University Rush, Kyran Quinlan berkata, pelampung leher boleh menjadi perangkap kematian jika disalah guna, selain kualiti jahitan tepi yang tidak kukuh.

“Pelampung leher itu asalnya digunakan sebagai alat bantuan perubatan kepada golongan kanak-kanak yang kurang upaya, tetapi ibu bapa kini dilihat menggunakannya untuk menyokong leher bayi me­reka semasa berada dalam air.

“Ramai yang menganggapnya sebagai sebahagian daripada pelampung keselamatan dan anda tidak seharusnya keliru mengenai perkara ini,” katanya.

Ada juga pendapat mengatakan pelampung leher tersebut menjadi tidak stabil apabila berlaku olakan pada permukaan air sekali gus boleh menyebabkan bayi terbalik atau tersembam.

Kebimbangan itu mula tercetus selepas pihak berkuasa di Queensland, Australia mengarahkan supaya penjualan dua jenis pelampung leher dihentikan sementara berikutan terdapat risiko bayi tenggelam semasa menggunakannya. AGENSI

Suruhanjaya pengguna negara itu juga menyatakan kanak-kanak yang tidak pandai berenang mungkin tenggelam jika pelampung leher mereka tidak digunakan secara betul. AGENSI