Seorang wanita maut manakala lebih 19 orang mengalami ke­­ce­deraan di bandar Charlottesville apa­­bila sebuah kereta merempuh orang ramai selepas satu perhimpunan anggota Ku Klux Klan dan anggota nasionalis kulit putih lain.

Rata-rata ahli politik dan aktivis berhaluan kiri dan kanan mengkritik Trump kerana sengaja menunggu terlalu lama untuk memberikan reaksinya kerana sibuk bermain golf ketika insiden tersebut.

Trump juga didakwa gagal me­ngecam penunjuk perasaan pelampau kulit putih yang mencetuskan kekecohan itu.

Pentadbiran White House ber­­kata kenyataan awal Trump yang tidak menyebut kumpulan pelampau kulit putih, sebenarnya telah mengambil kira golongan berke­naan.

Presiden berkata dengan tegas dan kenyataannya semalam beliau mengutuk semua bentuk keganasan dan kebencian termasuk pe­lampau kulit putih, KKK, neo-Nazi dan semua kumpulan pelampau.

“Beliau menggesa perpaduan dan penyatuan semua rakyat Amerika Syarikat,” ujar kenyataan itu.

Rumah Putih hari ini menge­luarkan pula kenyataan rasmi yang mengutuk semua bentuk keganasan termasuk kumpulan neo-Nazi dan Ku Klux Klan.

Pada Sabtu lalu, ketika ditanya oleh wartawan adakah beliau akan menyokong nasionalisis kulit putih, Trump tidak memberi sebarang reaksi dan menyebabkan orang ramai menjadi marah.

Keganasan yang berlaku memberi tekanan baharu kepada pentadbiran Trump untuk mengambil pendirian tegas terhadap segmen asas politiknya.

Sementara itu, anak perempuan Trump, Ivanka Trump juga telah mengeluarkan kenyataan melalui Twitter mengutuk insiden perkauman. – Agensi