Berita menyedihkan itu dimaklumkan oleh ahli keluarga­nya melalui portal TMZ semalam.

Hatch, 71, memulakan karier sebagai pelakon selepas membintangi drama All My Children seawal 1970 dan diberi watak utama dalam siri tersebut pada 1978 yang disiarkan selama satu musim selain turut dicalonkan untuk anugerah Golden Globe.

Sepanjang karier, Hatch amat setia dengan drama siri itu dan telah menulis tiga buah novel tentang siri berkenaan berdasarkan siri asalnya.

Pelakon itu pernah memberi­tahu THR.com bahawa siri tersebut merupakan batu loncatan kerana diberi peluang menghidupkan fantasi dan impian semasa kanak-kanak.

Selepas siri tersebut, Hatch membintangi siri popular lain seperti The Love Boat, Baywatch, Dynasty dan Santa Barbara.

Pada 2004, pelakon itu mene­rima watak sebagai Tom Zarek melalui siri yang berdasarkan Battlestar Galactica dan disiarkan selama empat musim menerusi Syfy Channel.

Hatch dikatakan ‘gila bekerja’ dan muncul dalam Dragon-Con di Atlanta pada September tahun lalu untuk membicarakan tentang filem sains fiksyen terbaharunya, Diminuendo.

Dalam pada itu, pelakon Dick Benedict, 71, yang melakonkan watak Leftenan Starbuck memuat naik status ‘sangat sedih’ menerusi Twitter miliknya.

Pelakon Star Trek, George Takei pula memuat naik gambar Hatch dengan kata-kata: “Bersemadilah bersama-sama bintang di galaksi.”