PELAKON Ji Chang-wook didakwa terbabit dengan skandal membabitkan
PELAKON Ji Chang-wook didakwa terbabit dengan skandal membabitkan Seungri. - AGENSI

Menurut laporan Koreaboo.com, Chang-wook dilaporkan bergambar dengan seorang wanita yang juga merupakan pelabur kelab malam diusahakan oleh Seungri.

Identiti wanita itu dikenali sebagai Madam Lin.

Agensi pengurusan Chang-wook, Glorious Entertainment bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Chang-wook ketika ini sedang menjalani latihan ketenteraan dan dijadualkan tamat latihan pada 27 April.

Sebelum ini, Seungri dan beberapa artis seperti Jung Joo-young, bekas anggota kumpulan FT Island, Choi Jong-hoon dan bekas anggota kumpulan Highlight, Yong Jun-hyung turut terbabit dalam skandal berkenaan.

Mereka terlibat dalam skandal pelacuran, dadah dan penyebaran rakaman video membabitkan sejumlah wanita.