Beliau dilaporkan meninggal dunia pada pukul 5.20 petang ini di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani setelah dimasukkan ke hospital berkenaan kerana penyakit buah pinggang yang dideritainya sejak beberapa tahun lalu.

Berita kematian aktor itu disahkan oleh Pengarah Eksekutif hospital tersebut, Dr. Ram Narain melalui mesej kepada agensi berita IANS. - Agensi