Video rakaman litar tertutup itu menunjukkan seorang lelaki menyerupai Schwimmer sedang membawa keluar sekotak minuman tin tanpa membuat bayaran.

Schwimmer menafikan lelaki di dalam video itu adalah dirinya dan dengan nada berseloroh memuatnaik status di Twitter berbunyi:

“Kepada pihak polis, saya bersumpah itu bukan saya di dalam rakaman tersebut. Seperti yang anda lihat, saya sedang berada di New York ketika itu. Selamat berjaya dengan siasatan anda”.

Pihak polis di Lancashire Constabulary kemudian membalas Twitter Schwimmer dengan mengucapkan terima kasih kerana berada bersama semua orang, dengan merujuk kepada sitkom Friends yang ditayangkan selama beberapa tahun.

Polis kemudian meminta kerjasama orang ramai untuk mengenal pasti lelaki di dalam rakaman itu dan menyalurkan maklumat kepada mereka. – ODDITY CENTRAL