Nama asing terbaru yang bakal berbuat demikian ialah Barbara Mori, seorang model Mexico dan bekas pelakon drama televisyen yang membuat kemunculan pertama kalinya di dalam industri filem Bollywood dalam filem akan datang Kites yang bergandingan dengan Hrithik Roshan.

Mori, 31, tidak dilihat sepanjang promosi filem itu dijalankan, yang akan menggegar pawagam Mei ini, namun poster-poster beliau telah kelihatan di India, di Internet dan di dalam media, terutama dalam ruangan gosip.

Bapa Roshan, Rakesh, yang menerbitkan filem itu berkata, Kites mengisahkan seorang penari Latin yang jatuh cinta dengan artis, dan ia merupakan filem Bollywood pertama yang menyentuh tema global, yang mana pelakon seperti Mori adalah satu kemestian.

Model Brazil, Giselli Monteiro sebelum ini tidak pernah dikenali di India sehingga tahun lepas, apabila memegang watak Harleen Kaur dalam filem hangat 2009 Love Aaj Kal (Cinta, Hari ini dan Esok) dengan Saif Ali Khan.

"Saya berada dalam bidang peragaan sebelum ini dan datang ke India. Saya difahamkan bahawa terdapat pembukaan sesi uji bakat untuk gadis luar negara di dalam filem Love Aaj Kal dan saya telah pergi untuk menyertainya.

Pengarah Imtiaz Ali berkata, dia mencari seorang gadis Punjabi dan Giselli bersesuaian dengan watak itu.

"Tiada siapa yang tahu bahawa beliau ialah warga Brazil sehingga filem itu disiarkan. Kami merahsiakannya sebagai satu pakej kejutan," katanya. - AFP