Portal Merdeka.com melaporkan, ketika pelajar terbabit melakukan tunjuk perasaan, mereka meminta kerajaan tempatan supaya tidak menutup mata berikutan peningkatan aktiviti maksiat di situ.

Kafe yang dirosakkan itu terletak di kawasan Kampung Saba Purba selepas dipercayai menjadi tempat maksiat yang menurut mereka menjejaskan imej Madina yang dikenali sebagai kota ilmu dan Serambi Mekah Sumatera Utara.

Pelajar datang ke kafe itu dengan berjalan kaki dan merosakkan pondok-pondok di sekitar kafe yang digelar penduduk tempatan sebagai ‘kafe remang’ yang menyembunyikan operasinya di sebalik premis menjual makanan.

Pesantren Musthafawiyah itu ditubuhkan pada 1912 oleh ulama, Syekh Musthafa Husein Nasution.

Selepas membakar kafe itu, ribuan pelajar kemudiannya bergerak menuju ke pejabat pegawai daerah Madina bagi meminta kerajaan menutup segera kafe itu.

“Kami menemukan botol minuman keras dan kondom di lokasi kafe. Kami mahu isu itu dipandang serius dan penuh tanggungjawab daripada pemimpin daerah bagi membanteras maksiat,’’ kata tenaga pengajar di Pesantren Mustofawiyah, Ustaz Amrin.