Syarikat tersebut sebelum ini berjanji akan menyediakan 50 wanita cantik untuk membacakan cerita-cerita waktu tidur ketika kesemua pekerja tersebut mahu berehat di pejabat.

Malah, syarikat itu menjanjikan bahawa kesemua wanita yang akan ‘mendodoikan’ pekerja terbabit bersiap-sedia selama 72 jam untuk berkhidmat apabila diperlukan.

Kesemua pekerja ketika itu perlu bertugas selama 72 jam tanpa henti dan berada di pejabat ketika acara jualan terbesar itu diadakan.

Namun apa yang terjadi adalah syarikat tersebut hanya menyediakan suara wanita berkomputer yang membacakan cerita-cerita waktu tidur melalui satu aplikasi telefon.

Tindakan itu membuatkan kesemua pekerja yang sedang bertungkus-lumus menjayakan acara jualan itu benar-benar kecewa.

Sementara itu, wakil pegawai dari jabatan sumber manusia syarikat itu pula memaklumkan bahawa suara wanita melalui aplikasi itu adalah penyelesaian terbaik. – GLOBAL TIMES