Pegawai kanan daerah, Vacharachai Sameerak merupakan sebahagian daripada 12 orang yang ditahan oleh pegawai Taman Negara Sai Yok, wilayah Kanchanaburi.

“Selepas memeriksa kereta mereka, terdapat empat tangan beruang dijumpai bersama-sama senjata dan peluru,” kata ketua polis, Thanee Sangaunjeen, sambil menambah kesemua mereka tidak mempunyai sebarang kebenaran untuk memasuki taman negara itu.

Kesemua suspek didakwa kerana melanggar undang-undang hutan, hidupan liar dan taman negara namun mereka menafikan tuduhan berkenaan. - AFP