Koordinator kemanusiaan serantau PBB di Syria, Panos Moumtzis menyeru kuasa-kuasa besar menjadi orang tengah menyelesaikan rundingan untuk mengakhiri perang dan menghindari pertumpahan darah di Idlib.

“Kami bimbang kira-kira 2.5 juta orang yang berpindah ke Turki ... Tidak ada lokasi lain untuk memindahkan mereka (di Syria),” katanya pada taklimat berita di Geneva.

Katanya lagi, konvoi bantuan telah tiba di bandar Douma di kawasan Timur Ghouta di luar Damsyik tetapi kerajaan Syria tidak membenarkan kakitangan PBB untuk mengiringinya. - REUTERS