Sidang khas badan hak asasi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut akan mempertimbangkan draf resolusi yang menggesa majlis itu untuk segera menghantar sebuah jawatankuasa antarabangsa yang bebas untuk penyiasatan, iaitu siasatan peringkat tertinggi PBB.

Sidang khas berkenaan diadakan selepas sebulan setengah protes besar-besaran dan pertempuran di sepanjang sempadan Gaza, yang menyeru penduduk Palestin untuk kembali pulang ke tanah air mereka yang dirampas Israel. -AFP