Siasatan PBB mendapati, serangan ganas terhadap penduduk itu di utara Rakhine merupakan perancangan teratur, selaras dan sistematik dengan niat untuk mengusir penduduk itu keluar dari Myanmar dan menghalang mereka kembali ke rumah masing-masing.

Hasil siasatan itu diperoleh daripada temu bual dengan penduduk yang melarikan diri ke Bangladesh sejak serangan kumpulan pejuang Islam terhadap pasukan keselamatan Myanmar di Rakhine pada 25 Ogos lalu yang mencetuskan serangan balas tentera.

Malah hasil siasatan itu mendapati gelombang terbaharu `operasi penghapusan’ yang dilakukan pihak tentera di Rakhine bukan bermula pada 25 Ogos sebaliknya awal bulan tersebut sekali gus bercanggah dengan dakwaan Myanmar bahawa serangan tentera itu adalah tindak balas terhadap serangan kumpulan pejuang berkenaan. - AFP