PBB telah menunggu kebenaran untuk menyiasat `operasi penghapusan’ minoriti Rohingya sejak Jun lalu selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menandatangani perjanjian dengan kerajaan Myanmar.

Tugas yang dilakukan dijangka bertambah sukar dalam tempoh beberapa hari lagi apabila badan dunia itu menyiarkan penemuan sepenuhnya siasatan kekejaman terhadap etnik tersebut.

Tindakan pertama `langkah membina keyakinan’ PBB itu dijangka mengambil masa dua minggu dan akan meliputi sebanyak 23 kampung dan tiga lagi kawasan perkampungan lain. - AFP