Menteri Luar Yemen, Abdel Malek al-Mekhlafi turut senada dengan Guterres dan beliau mahu pihak bertelagah kembali ke meja rundingan ketika kerajaan Yemen yang sah sedang berusaha membuka pelabuhan dan lapangan terbang bagi tujuan bantuan kemanusiaan.

Persidangan PBB yang mahu mencari dana sebanyak AS$3 bilion (RM) bagi menangani krisis kemanusiaan terburuk di dunia itu berlangsung sehari selepas serangan udara tentera perikatan yang diketuai Riyadh membunuh 12 orang awam di bandar Hodeidah dengan pemberontak Houthi kemudiannya melancarkan satu peluru berpandu ke kawasan sempadan di selatan Arab Saudi.

“Rundingan penyelesaian politik melalui dialog antara pihak di Yemen merupakan satu-satunya penyelesaian, justeru saya menggesa kesemua pihak supaya berjumpa dengan utusan khas PBB, Martin Griffiths tanpa bertangguh lagi.

“Kesemua pelabuhan perlu kekal dibuka bagi memberi laluan kargo perdagangan dan kemanusiaan, perubatan, makanan dan bahan bakar yang diperlukan ketika Lapangan Terbang Sanaa merupakan satu lagi talian hayat mesti dibuka,” katanya.