Kumpulan itu melawat bandar Buthidaung, salah satu kawasan yang bermasalah di wilayah berkenaan.

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Perusahaan untuk Bantuan Kemanusiaan, Penempatan Semula dan Pembangunan di Rakhine (UEHRD), U Win Myat Aye, lawatan itu merupakan permulaan proses penghantaran pulang yang akan membantu semua komuniti dan mengenal pasti keperluan serta pelaksanaan projek tertentu.

“Kami sudah menjalankan kerja dengan baik. Kami perlu bekerjasama dengan pasukan PBB,” katanya.

Kementerian Hal Ehwal Luar Myanmar berkata, kumpulan itu juga akan melawat Rathedaung dan Maungdaw. - BERNAMA