Maklumat itu diperoleh oleh pasukan penyiasat berkenaan yang diketuai bekas Peguam Negara Indonesia, Marzuki Darusman selepas mengadakan misi pertama ke Bangladesh.

Marzuki memaklumkan, jumlah yang terkorban akibat keganasan tentera Myanmar sejak 25 Ogos lalu tidak diketahui namun dipercayai 'sangat tinggi'.

"Kami mendapat keterangan daripada ramai pelarian Rohingya dari pelbagai kampung di seluruh utara wilayah Rakhine. Keterangan mereka menjelaskan tentang tindakan pencabulan hak asasi manusia secara 'teratur dan konsisten' terhadap beratus-ratus ribu orang," kata Marzuki melalui satu kenyataan. - REUTERS