Satu kenyataan yang disokong oleh 15 negara anggota majlis itu turut menekankan tentang perlunya membawa kumpulan itu dan penyokong mereka ke muka pengadilan.

Majlis itu turut merakamkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam serangan itu.

Badan itu juga mengesa semua negara memberi kerjasama kepada kerajaan Algeria selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB. - AFP