Menurut Persatuan Akhbar Pakistan (APP), masalah bertambah rumit lagi berikutan kekurangan data bekalan air komprehensif dan juga sistem pemantauan menyebabkan timbul kesukaran untuk menangani krisis yang semakin meningkat.

“Kami tidak boleh menguruskan sesuatu yang tidak boleh kami ukur,” kata Presiden Suruhanjaya Hidrologi Organisasi Meteorologi Dunia (WMO), Harry Lins.

“Namun begitu, sistem dan pengumpulan data yang menyokong perkhidmatan penting kepada masyarakat ini benar-benar berada dalam tekanan,” tambah­nya sambil mengariskan bahawa keputusan yang diambil harus berdasarkan angka dan fakta yang angka komprehensif.

Bernama melaporkan, ini me­rangkumi kesemua cabaran yang diberi keutamaan oleh HydroConference di Ge­neve (7-9 Mei) untuk diselesaikan.

Persidangan yang diadakan ini menemukan kesemua pembuat keputusan ‘pemegang kepenti­ngan air’, perhidmatan meteorologi dan hidrologikal; sektor swasta dan sektor akademik; organisasi bukan kerajaan; serta wakil PBB berbincang untuk menyelaraskan usaha selain memanfaatkan penge­tahuan individu dan kepakaran kolektif untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.

Setiausaha Agung WMO Petteri Taalas berkata, setiap anggota penting sekali untuk bersedia menghadapi skala cabaran yang akan tiba sambil menyatakan dua buah bencana alam yang menakutkan iaitu kemarau dan banjir.

Dasar efektif mengenai banjir dan kemarau boleh dlaksanakan hanya dengan mempunyai data dan mo­del untuk menilai kekerapan dan magnitud sesebuah kejadian ekstrem,” katanya sambil menambah bahawa perkara yang serupa untuk matlamat lain berkaitan air dan kemampanan penggunaannya; termasuk per­kara dalam Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan.

Pembangunan Mampan Matlamat 6 (SDG 6) menyeru kepada kewujudan pengurusan mampan air dan kebersihan untuk semua.

Air adalah satu komponen yang berkait rapat dengan matlamat lain termasuk membasmi kemiskinan tegar (SDG 1); selain Matlamat 2 iaitu untuk membasmi kelaparan dan kekurangan makanan, serta Matlamat 13 mengenai mengatasi perubahan klimaks.