Suruhanjaya Gantirugi PBB yang berpangkalan di Geneva berkata, pembayaran itu berkaitan kemusnahan ke atas telaga minyak, saluran paip dan kelengkapan Kuwait sepanjang pendudukan tentera Iraq di negara itu selama tujuh bulan yang mengakibatkan kepada kerugian pengeluaran minyak.

Tambahnya, mereka telah membayar sejumlah AS$40.1 bilion (RM121.8 bilion) kepada hampir 100 kerajaan dan pertubuhan antarabangsa sebagai pampasan akibat pencerobohan dengan 12.3 bilion (RM37.3 bilion) masih belum dibayar. - AFP