Menteri Antikuiti, Khaled Al-Anani berkata, patung berkenaan sebaliknya dipercayai milik Firaun Psammetich I, yang meme­rintah antara tahun 664 hingga 610 sebelum Masehi.

Menurut Khaled, jika disahkan, penemuan tersebut bakal digelar sebagai patung milik raja Mesir kuno terbesar pernah ditemui.

Ahli arkeologi Mesir dan Jerman menemukan patung di kawasan kelas pekerja Matariya antara bangunan yang belum siap berhampiran runtuhan kuil Ramses II di bandar purba Helio­polis.

Pada mulanya patung itu dianggap sebagai antara penemuan paling penting untuk merungkai sejarah Firaun Ramses II yang disifatkan paling berkuasa dan terkenal ketika era pemerintahan Mesir purba.

Selepas memeriksa struktur pada patung berkenaan, ciri-cirinya menunjukkan kepada era yang berbeza.

“Apabila kami memeriksa bahagian kepala patung, kami menjumpai bukti utama iaitu perkataan ‘Nebaa’ tertulis pada bahagian tersebut.

“Satu-satunya firaun yang digelar ‘Nebaa’ adalah Psammetich I. Seorang Firaun dinasti ke-26,” jelas Khaled dalam satu sidang akhbar semalam. – REUTERS