Cadangan Guterres itu telah diserahkan kepada sekumpulan pakar yang diketuai Leftenan Jeneral, Carlos Alberto dos Santos Cruz pada Disember lalu.

Kata beliau, PBB dan anggota tenteranya serta pihak polis negara yang terbabit perlu peka terhadap realiti baharu bahawa bendera PBB dan anggota pengaman tidak lagi menawarkan perlindungan `biasa’.

``Malangnya tentera musuh tidak memahami bahasa selain kekerasan. Bagi mengelak dan menewaskan penyerang, PBB perlu kuat dan tidak takut menggunakan kekerasan jika diperlukan,’’ menurut laporan itu.

Jumlah anggota misi pengaman PBB yang terkorban meningkat sejak 2013 iaitu dengan 195 anggota terbunuh akibat keganasan, jumlah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun sejarah PBB.

Pada tahun lalu seramai 56 anggota pengaman terkorban iaitu jumlah yang paling tinggi sejak 1994. - AFP

habis.