Walaupun lokasi pasar bertukar tetapi rutin tetap sama, ikan tuna besar sejuk beku diletakkan di atas lantai.

Seterusnya loceng dibunyikan bagi menandakan lelongan bermula dan sistem membida harga hanya difahami oleh me­re­ka yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.

“Kami tidak menang bidaan hari ini. Kami tidak berjaya mendapatkan harga yang sama hari ini,” menurut Kiyoshi Ki­mu­ra, seorang selebriti dalam dunia sushi dan pemilik rangkai­an Zanmai Sushi yang pernah memegang rekod pembayar harga tuna paling tinggi pada lelongan tahun baharu.

Perpindahan ke pasar baharu adalah proses yang sukar dan kontroversi.

Terdapat segelintir yang tidak dapat menerima hakikat kerana pasar Tsukiji adalah sesuatu yang berharga, namun wujud kebimbangan mengenai peraturan kebakaran dan kawalan kebersihan yang sudah ketinggalan zaman.

Sebaliknya, pasar baharu itu, terletak beberapa kilometer ke timur di Toyosu, mempunyai kemudahan penyejukan yang tercanggih dan hampir dua kali lebih besar berbanding pasar Tsukiji, sekali gus menjadi pasar ikan terbesar di dunia.

Tetapi pasar baharu terletak di tapak bekas loji gas dan ta­nahnya didapati tercemar, memaksa pihak berkuasa tempatan membelanjakan berjuta-juta do­­lar untuk membersihkannya dan melambatkan perpindahan.

Sebelum Tsukiji menutup operasi untuk kali terakhir, beberapa ratus penunjuk pera­saan mengadakan demonstrasi cuba menghalang perpindahan berkenaan di mahkamah, de­ngan alasan Toyosu tidak selamat. – AFP