Mahkamah memutuskan hukuman terhadap pengurus salon kecantikan, Linda Seah, 39, terhadap tuduhan mendera dan menyebabkan kecederaan terhadap pembantu rumahnya, Phyu Phyu Mar pada 2016.

Dia menghadapi enam pertuduhan termasuk dua kali memaksa mangsa mencurahkan air panas pada bahu kiri yang menyebabkan mangsa melecur.

Mengikut pertuduhan, Seah turut memaksa pembantu rumah itu minum air bercampur pencuci lantai.

Dalam satu kejadian, dia memegang rambut dan menggoncang kepala dengan kuat hingga ada rambut tercabut. Tertuduh juga didakwa mengetuk kepada mangsa dengan telefon bimbit berulang kali.

Mahkamah diberitahu, Seah bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pembantu rumah itu yang didakwanya lambat menyiapkan tugasnya.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Olivia Low, berkata rasa tidak puas hati Seah itu tidak wajar dibalas dengan keganasan terhadap mangsa.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan psikologi dan parut pada bahunya.

Selain hukuman penjara, wanita itu turut didenda S$9,000 (RM26,986).

Suami tertuduh, Lim Toon Leng, 44, dipenjara enam minggu kerana menumbuk dahi mangsa.

Penderaan itu terdedah selepas mangsa mengikut Seah ke salon diuruskannya dan seorang pekerja kemudian menghubungi polis. -AFP