Lapor Channel News Asia, David Allen Turpin, 57 dan isterinya, Louise Anna Turpin, mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan jenayah termasuklah bertindak kejam, mengurung, melakukan penderaan kanak-kanak dan penyeksaan terhadap anak-anak mereka yang berusia tiga hingga 30 tahun.

Mereka akan menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 25 tahun sebelum dibenarkan untuk memohon parol.

Kes tersebut yang dikenali sebagai ‘House of Horror’ itu menjadi perhatian ramai selepas salah seorang daripada anak pasangan itu melepaskan diri menerusi tingkap dan menelefon pihak berkuasa tempatan. - AGENSI