Namun, sehingga kini tiada maklumat tentang sokongan yang diterima bagi membolehkan undang-undang itu dibentangkan di Parlimen, walaupun undang-undang tersebut pernah ditolak sebelum ini.

“Di bawah undang-undang berkenaan, individu yang mengambil minuman keras akan dikenakan hukuman penjara sama seperti mereka yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah,” kata Muhammad Arwani Thomafi, salah seorang anggota Parti Keadilan Sejahtera.

Undang-undang itu yang dicadangkan oleh parti itu dan Parti Pembangunan Bersatu turut mengharamkan penjualan, pembuatan, penghantaran dan penggunaan kesemua minuman yang mengandungi satu peratus alkohol.

Indonesia yang mempunyai penduduk kira-kira 250 juta orang, mencatat kadar penjualan minuman keras meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dan turut tersenarai sebagai negara ke-10 paling banyak peminum minuman keras.

“Sudah tentu saya tidak bersetuju dengan cadangan itu, jadi selepas ini apa lagi yang mereka mahu haramkan,” kata seorang pekerja swasta, Diponagara yang menentang cadangan itu.

Menurut Jakarta Post, pelaksanaan undang-undang itu akan dikecualikan di beberapa tempat bagi keperluan pelancong seperti di hotel lima bintang dan resort di Bali. – REUTERS