Parti Shiv Sena mula mengedarkan senjata tajam itu kepada golongan wanita di dalam satu majlis di Mumbai pada petang semalam.

"Bagaimana anda memotong sayur, begitu juga anda melakukannya kepada sesiapa yang cuba mengapa-apakan anda.

"Anda juga perlu sentiasa menyimpan pisau sepanjang tujuh sentimeter itu di dalam beg anda," kata pegawai parti tersebut, Ajay Choedhary.

Parti tersebut turut berhasrat untuk mengedarkan sebanyak 21,000 pisau kepada golongan wanita di sekitar negeri Maharashtra.

Kes rogol dan bunuh melibatkan seorang pelajar perubatan berusia 23 tahun pada bulan lalu mencetuskan gelombang kemarahan kebanyakan penduduk India, selain penganjuran pelbagai demonstrasi yang mengutuk perbuatan kejam itu.

Dalam perkembangan lain, lima suspek kes rogol berkumpulan tersebut dilaporkan tiba di New Delhi untuk menjalani perbicaraan.

Pembukaan perbicaraan kes tersebut dijadual bermula hari ini.

Suspek keenam yang merupakan seorang pesalah juvenil akan dibicarakan di sebuah mahkamah khas. - AFP