Rang undang-undang untuk me­nga­wal haiwan perosak di Parlimen me­lonjak hampir tiga kali ganda di tengah-tengah kebimbangan bahawa serangan haiwan berkenaan tidak dapat dikawal.

Kehadiran tikus bersama serangga perosak semakin meningkat apabila ber­lakunya kerja-kerja pengubahsuaian Parlimen tahun ini di bangunan Westminster.

Daily Mail melaporkan, rata-rata ahli Parlimen cuba membawa kucing mereka sebagai salah satu alternatif untuk menangani isu itu kerana gangguan tikus semakin menjadi-jadi.