Kajian terbaharu oleh Universiti Charles Sturt, Queensland mendapati, tempoh masa yang diambil oleh individu untuk menekan setiap huruf boleh menentukan sama ada mereka mempunyai simptom tangan menggeletar.

Simptom itu dialami oleh tiga perempat daripada penghidap Parkinson dan boleh dikesan enam tahun lebih awal sebelum mereka disahkan menghidap pe­nyakit berkenaan.

Apabila kelajuan menaip di­ban­dingkan antara setiap individu dengan atau tanpa masalah pergerakan, ia boleh mengesahkan secara tepat sebanyak 80 peratus kes Parkinson, lapor portal Daily Mail.

Para penyelidik percaya pene­muan itu akan digunakan oleh pengamal perubatan dan bakal pesakit itu sendiri untuk menentukan jika mereka mengalami keadaan tersebut.

Pengesahan awal penyakit ber­ke­naan adalah penting bagi membolehkan preskripsi ubat diberi untuk memperlahankan penyakit terbabit.

Penyakit Parkinson dihidap oleh seorang daripada 350 orang dewasa di United Kingdom dan sejuta orang di Amerika Syarikat.

Penyelidik terbabit, Warwick Adams yang menghidap Parkinson turut memberitahu majalah New Scientist bahawa rumusan akhir kajian itu adalah untuk membangunkan ujian imbasan secara meluas untuk pengamal perubatan dan individu.

Sebelum ini beliau mendapati pergerakan berterusan ketika se­se­orang menaip turut mampu mengesan sama ada seseorang itu menghidap Parkinson.

Adams berharap dapat menggabungkan kedua-dua penemuan itu untuk menghasilkan peralatan diagnosis.

Walau bagaimanpun, para pe­nyelidik dari Integral A.C. Neuroscience Center HM Cinac, Se­panyol memberitahu, masalah tangan menggeletar hanya berlaku apabila tangan individu itu sedang berehat dan tidak akan berlaku semasa digunakan.

Kumpulan penyelidik berke­naan sebelum ini berjaya mengesan perubahan cara menaip bagi penghidap Parkinson.

Penemuan itu diperoleh selepas penyelidik menyiarkan hasil kajian pada bulan ini bahawa tekanan di tempat kerja meningkatkan risiko penyakit Parkinson hanya kepada golongan lelaki.

Golongan lelaki yang bekerja dalam tekanan mengejar masa dan merasakan mereka tidak mempunyai kawalan adalah lebih berisiko mengalami masalah pergerakan.

Golongan wanita yang percaya mereka mempunyai cukup kawalan terhadap kerja lebih mudah menghidap Parkinson, lapor kajian dari Institut Karolinska, Stockholms.

Ini kerana mereka percaya golongan wanita berkenaan akan bekerja lebih masa atau membawa pulang kerja mereka ke rumah, sekali gus menyebabkan tekanan.