Orang ramai bersenjata yang marah dengan kegagalan cabaran mahkamah untuk pemilihan penguasa daerah, bertindak membakar sebuah pesawat, merompak sebuah gudang dan membakar bangunan di Mendi, ibu kota daerah Southern Highlands, minggu ini.

Papua New Guinea mengisytiharkan keadaan darurat selama sembilan bulan di daerah berkenaan selain menggantung kerajaannya dalam tempoh tersebut, kata Perdana Menteri Peter O’Neill, semalam. -REUTERS