Setakat pukul 11.30 malam ini, PAP menguasai Kawasan Pilihan Raya Parlimen Berkumpulan (GRC) Ang Mo Kio dengan undi 78 peratus; Bishan-Toa Payoh (76 peratus), Chua Chua Kang (76 peratus); East Coast (61 peratus); Holland-Bukit Timah (66 peratus); Jalan Besar (67 peratus); Jurong (78 peratus); Marine Parade (65 peratus); Marsiling-Yew Tee (69 peratus); Nee Soon (67 peratus); Pasir Ris-Punggol (73 peratus); Sembawang (72 peratus); Tampines (72 peratus); Tanjong Pagar (78 peratus); dan West Coast (78 peratus).

Parti pemerintah itu turut menguasai Kawasan Pilihan Raya Parlimen Tunggal (SRC) Bukit Batok dengan 74 peratus; Bukit Panjang (69 peratus); Fengshan (57 peratus); Hong Kang North (74 peratus); Mountbatten (72 peratus); Macpherson (63 peratus); Punggol East (51 peratus); Pioneer (78 peratus); Potong Pasir (68 peratus); Radin Mas (77 peratus); Sengkang West (62.11 peratus); dan Yuhua (72 peratus).

Ini kali pertama semua 89 kerusi Parlimen dipertandingkan.

Selain PAP, parti lain yang turut bertanding ialah Parti Pekerja; Parti Rakyat Singapura (SPP); Perikatan Demokratik Singapura (SDA); Parti Demokratik Singapura (SDP); Parti Perpaduan Nasional (NSP); Parti Pembaharuan (RP); Parti Warga Diutamakan (SF), dan Parti Kuasa Rak­yat (PPP).

Menurut keputusan awal itu, PAP berjaya mengharungi cabaran paling getir sejak merdeka pada 1965.

Pilihan raya ini juga merupakan yang pertama buat Perdana Menteri, Lee Hsien Loong tanpa bapanya, Lee Kuan Yew yang meninggal dunia pada Mac lalu.

Parti Pekerja pu­la berjaya me­ngekalkan ke­ru­si di GRC Al­­ju­nied dan SRC Hougang.

Menurut Channel News Asia, keputusan rasmi pilihan raya akan diumumkan esok.

Terdahulu, lebih dua juta pengundi menunaikan tanggungjawab di 832 buah pusat pengundian di seluruh negara yang ditutup pada pukul 8 malam waktu tempatan.