Walaupun kulit tiruan, pengunjung benar-benar terpegun kerana ketelitian Sarah Sitkin yang mencipta dan menjadikan pameran tersebut menarik.

Pameran bertajuk Bodysuits itu merupakan sebahagian projek seni Sitkin yang diadakan di Muzium Kesihatan John P. McGovern.

Ketelitian hasil karya Sitkin membuatkan pengunjung tidak dapat membezakan bahan dipamerkan sama ada kulit manusia sebenar atau tiruan.

Ini kerana, hasil kerja yang begitu halus dan penuh teliti termasuk menghasilkan kulit manusia dengan kecacatan yang biasa manusia miliki di kulit seperti tahi lalat, kesan parut, bulu roma dan jeragat turut dipaparkan.

Pengunjung turut berpeluang menyarungkan kulit tersebut dan merasai sendiri pengalaman memiliki kulit manusia lain.

Sut kulit manusia itu memiliki butiran yang mengagumkan seperti bahagian tubuh berlemak, kurus atau gemuk.

Selain itu, Sitkin juga berjaya menghasilkan 
kulit penuh di badan manusia yang berperut buncit dan memasang bulu roma pada setiap inci tubuh 
agar kelihatan benar-benar seperti kulit manusia. – UPI