Reuters melaporkan, keengganan kedua-dua negara menyertai persidangan itu hanya akan melemahkan tentangan Arab terhadap pelan damai AS itu.

AS menganggap perhimpunan itu bengkel memakmurkan ekonomi Palestin sebagai sebahagian usaha meluas diplomatik diisytiharkan Presiden AS, Donald Trump yang disifatkan sebagai ‘perjanjian abad ini’ bagi menangani konflik Israel-Palestin.

Pemimpin Palestin yang memboikot pertemuan itu berkata, pelan yang masih belum didedahkan itu tidak memenuhi matlamat pembentukan negara mereka.

Mereka terutama menyalahkan pemberhentian bantuan AS dan sekatan Israel punca krisis ekonomi di wilayah diduduki Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Penyertaan Mesir dan Jordan dalam mesyuarat Bahrain itu dianggap amat penting kerana mereka mempunyai sejarah sebagai pemain utama usaha damai Asia Barat dan negara Arab yang memiliki perjanjian damai dengan Israel. -AGENSI