Menurut sumber keselamatan, mereka yang ditahan daripada kumpulan haram tersebut adalah Abdul Rauf iaitu adik bongsu kepada Ketua Jaish-e-Mohammad (JeM), Masood Azhar.

Sementara itu, Menteri Dalam Negerinya, Shehryar Afridi berkata, Abdul telah disenaraikan dalam laporan bukti serangan itu yang diberikan India.

“Kita telah melancarkan tindakan keras terhadap organisasi yang dikatakan dan menahan 44 individu termasuk Mufti Abdul Rauf dan Hammad Azhar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Shehryar tidak memberikan nama-nama tahanan lain, mengesahkan tahanan daripada kumpulan mana atau dakwaan akan dibuat atau tidak.

Terdahulu, JeM yang berpangkalan di Pakistan mengaku bertanggungjawab dalam serangan bunuh diri pada 14 Februari lalu. - AFP