Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, Mohammad Faisal berkata, sesetengah media asing cuba untuk mensensasikan isu tersebut dengan menyebarkan maklumat palsu.

“Menurut pihak berkuasa China, daripada 44 wanita, enam berada di Pakistan, empat didakwa atas pelbagai kesalahan tiga sedang disiasat dan lapan mengikut latihan secara sukarela.

“23 wanita bebas dan tinggal di Xinjiang dengan kerelaan hati,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Sejak beberapa tahun lalu, Pakistan telah berusaha kuat untuk menjalin hubungan dengan China dengan AS$10 bilion pelaburan dibuat Beijing dalam negara itu sebagai ‘pengubah permainan’. - AFP