Lapor BBC, sekumpulan pakar hospital itu menjalankan rawatan perintis bagi mengubah asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sum-sum tulang remaja berkenaan untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.

Setakat ini, remaja berkenaan telah menjalani sesi terapi selama 15 bulan dan kini tidak perlu makan ubat.

Penyakit sel sabit merupakan penyakit keturunan yang menyebabkan sel darah merah menjadi kurang normal dan berbentuk seakan-akan sabit.

Sel-sel yang kurang sempurna tersebut boleh menyekat aliran darah ke seluruh badan manusia.

Disebabkan itu, penyakit ber­kenaan akan menyebabkan kesakitan yang kuat selain meng­akibatkan kerosakan organ dan membawa maut.

Remaja tersebut yang tidak didedahkan identitinya mengalami kerosakan organ dalaman sehinggakan limpa dan pinggulnya terpaksa diganti.

“Setakat ini remaja itu me­nunjukkan maklum balas positif. Dia tidak lagi memerlukan pemindahan, jadi kami gembira dengan perkembangan berkenaan,” kata Profesor Perubatan University of Paris, Philippe Leboulch.

Namun katanya, sesi terapi yang sama perlu dilakukan kepada pesakit lain untuk me­yakinkan kaedah rawatan ber­kenaan.

Dalam pada itu, pakar perubatan gen di Universiti Oxford, Dr. Deborah Gill memberitahu, kejayaan rawatan melibatkan pesakit sel sabit merupakan langkah awal untuk penyelidikan secara menyeluruh pada masa akan datang.

Bagaimanapun, prosedur ra­watan itu dikatakan terlalu mahal dan hanya boleh dilakukan di hospital atau makmal yang dilengkapi teknologi tinggi manakala kebanyakan pesakit sel sabit berada di negara-negara Afrika.