Mail Online melaporkan, pakaian inovasi syarikat Ororo itu menyaksikan baju sejuk, ves, hud dan sarung tangan dihasilkan dengan alat pemanasan haba sekali gus memberi keselesaan pada si pemakainya.

Pelbagai jenis pakaian keluaran syarikat itu membolehkan pemakainya menghidupkan atau mematikan peranti pemanas haba pada baju berkenaan.

Setiap pakaian yang boleh dicaj semula itu juga mempunyai pelbagai tahap pemanas berbeza dengan pad panas dile­takkan pada bahagian belakang pinggang dan badan.

Bateri pakaian itu mampu bertahan selama lapan jam dan boleh dicaj semula dengan mudah sama ada menggunakan soket atau pengecas mudah alih.

Walaupun pakaian sejuk itu menggunakan pengecas elektrik, namun ia masih boleh dicuci di mesin basuh sekali gus mudah dijaga.

Malah, jika terdapat masalah pada barang yang anda beli, pembeli diberikan jaminan selama setahun untuk barangan itu.

Jaket ringan, kalis air dan angin itu boleh didapati di pasaran termasuk Amazon pada harga 119.99 pound (RM645).