Pendedahan itu dibuat ketika gereja berdepan dengan tuduhan oleh kira-kira 300 rakyat Jerman tahun ini yang menyatakan mereka telah didera secara fizikal dan seksual oleh paderi di sekolah dan institusi kelolaan gereja.

The Archdiocese of Munich and Freising dalam satu kenyataan semalam, berkata mereka telah menyingkirkan paderi Jerman yang hanya dikenali sebagai Rev. H. daripada tugasnya selepas didapati tidak mematuhi peraturan dan didapati bersalah oleh mahkamah.

Pegawai kanan gereja, Josef Obermaier yang bertanggungjawab melantiknya turut meletak jawatan, menurut kawasan kekuasaan ketua biskop itu.

Pope Benedict XVI sehingga kini masih belum secara rasmi memberi komen berhubung tuduhan-tuduhan tersebut yang menyatakan paderi diselianya telah mendera secara fizikal dan seksual mereka di bawah umur.

Menurut Ketua Biskop Rino Fisichella, Pope dijangka mengeluarkan surat berhubung pertuduhan tersebut di Ireland.

Sementara itu, di Ireland semalam, Kardinal Sean Brady berkata, dia tidak akan meletak jawatan kecuali jika Pope memintanya berbuat demikian, walaupun mengakui telah membantu gereja mengumpulkan bukti terhadap seorang paderi yang banyak mencabul kanak-kanak di Ireland, Britain dan Amerika Syarikat (AS) sebelum penahanannya pada 1994.

Menurut Archdioceses of Munich and Freising lagi, paderi Jerman yang digantung tugas itu kini dipindahkan ke Munich dari satu lagi kawasan kekuasaan ketua biskop pada 1980. Di sana dia menjalani terapi 'hubungan seksual dengan kanak-kanak lelaki'. - AP

Selepas itu tidak terdapat tuduhan baru ke atas paderi tersebut sejak dia disabit kesalahan pada 1986, tetapi 'dia dilarang daripada bekerja dengan kanak-kanak dan remaja'.